Jumaat, 1 Januari 2016












Dari Anas bin Malik, Kami bertanya kepada Nabi sallallahu `alaihi wa sallam, wahai Rasulullah, adakah boleh kami membungkukkan badan kepada orang yang kami temui? Rasulullah bersabda, Tidak boleh. Kami bertanya lagi, adakah boleh kami berpelukan bila saling bertemu? Nabi bersabda, Tidak boleh. Yang benar hendaklah kalian saling berjabat tangan. (HR Ibnu Majah no 3702).

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Tidaklah dua orang Muslim bertemu kemudian berjabat tangan kecuali akan diampun dosa-dosa mereka berdua sebelum mereka berpisah." (HR. Ibnu Majah no.3703)














Tafsir Surah An-Nisa' ayat 86 - Adab seorang Muslim

Allah mengajar orang-orang yang beriman dengan suatu adab yang baik iaitulah adab pergaulan sesama mereka dengan firman-Nya yang bermaksud: "Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam) maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung akan tiap-tiap sesuatu." (Surah an-Nisa': 86)

Pendapat yang lebih kuat - yang dimaksudkan dengan hormat di sini ialah memberi salam walaupun ada ulama yang menjelaskan bahawa termasuk dalam ayat ini Tasymitul 'Atisy (berzikir ketika seseorang bersin) dan membalas orang yang 'Musyamit'. Ertinya apabila seseorang itu bersin, dia berkata 'al-hamdulillah' dan yang berada di sisinya menjawab 'Yarhamukallah'. Ini adalah diantara perkara yang diajar oleh Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam tetapi yang lebih kuat dimaksudkan ayat ini ialah memberi salam.

Menjadi ijma' di kalangan para ulama bahawa memulakan salam itu disunatkan dan sangat digalakkan manakala menjawab salam diwajibkan.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila kamu diberi hormat dengan suatu penghormatan (salam) maka kamu hendaklah menghormatinya (menjawab salam itu)." (Surah an-Nisa': 86)

Ulama' berkhilaf dalam masalah sama ada menjawab salam itu wajib kifayah atau fadhu ain. Di sisi Imam Malik dan Imam Syafie, menjawab salam itu menjadi fardhu kifayah (wajib secara umum). Sekiranya ada orang yang menjawab salam di kalangan kumpulan yang ramai maka lepaslah tanggungjawab yang lain (yang tidak menjawab salam di kalangan mereka)






         

               Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat. Orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya.
 
              Orang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, dia tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali." (HR Bukhari)

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi alif adalah satu huruf, lam adalah satu huruf dan mim adalah satu huruf.” (HR Tirmizi)

Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Bacalah Al Qur'an kerana pada hari kiamat nanti Al Qur'an akan memberikan syafaƔt kepada para pembacanya." (HR Muslim)

Nak share sikit


Para ulamak berselisih pendapat tentang tarikh sebenar berlakunya  peristiwa Isra' Mi'raj.

Dari kitab Fathul Baari Syarah Shahih al-Bukhari, (edisi terjemahan dengan tajuk Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih al-Bukhari, Pustaka Azzam, Jakarta 1997),jilid. 7, ms. 203, Al-Hafiz Ibn Hajar menyebutkan pendapat para ulama.

Antara ringkasannya ialah:

1. Berlaku setahun sebelum hijrah, iaitu pada bulan Rabiul Awal. Ini adalah pendapat Ibn Sa'd dan selainnya. Pendapat ini dibenarkan oleh Imam al-Nawawi.

2. Tarikh peristiwa ini berlaku ialah lapan bulan sebelum hijrah, iaitu pada bulan Rejab. Ini menurut pendapat Ibn Hazam. Katanya: Ia berlaku pada bulan Rejab tahun ke 12 kenabian.

3. Ia berlaku enam bulan sebelum hijrah, iaitu pada bulan Ramadan. Pendapat ini disampaikan oleh Abu al-Rabie’ bin Saalim.

4. Ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah, iaitu pada bulan Rabiul Akhir. Ini pendapat Ibrahim bin Ishaq al-Harbiy. Katanya: Ia berlaku pada bulan Rabiul Akhir, setahun sebelum hijrah. Pendapat ini dibenarkan Ibn al-Munayyir di dalam Syarh al-Sirah karya Ibn Abdul Bar.

5. Setahun dua bulan sebelum hijrah. Pendapat ini disampaikan oleh Ibn Abdul Bar.

6. Setahun tiga bulan sebelum hijrah. Pendapat ini disampaikan oleh Ibn Faaris.

7. Setahun lima bulan sebelum hijrah. Ini adalah pendapat al-Suddiy.

8. Lapan belas bulan sebelum hijrah dan jatuh pada bulan Ramadan. Pendapat ini disampaikan Ibn Saad, Ibn Abi Subrah dan Ibn Abdul Bar.

9. Berlaku pada bulan Rejab tiga tahun sebelum hijrah. Pendapat ini di sampaikan Ibn al-Atsir.

10. Lima tahun sebelum hijrah. Ini menurut pendapat Imam al-Zuhriy dan dibenarkan oleh al-Qadhi ‘Iyaadh’.

Wallahu A'lam.

Khamis, 31 Disember 2015

Tahun Baru

                   Tahun baru kena buat azam baru lah weh.Eh, tak semestinya, bagi aku baik kita menambah baik azam kita yang dah kita azamkan tu, Belek2 laman sosial, ramai yang post pasal new year dengan azam baru dorang. Bagus lah, ada semangat and semoga dapat dilaksanakan In Shaa Allah.

       Ok berbalik kepada tujuan asal aku, harini just nak share satu tazkirah. Tazkirah ni 3 hari lalu kawan hantar. 

Nota Hati,
"Kadang-kadang orang yang mempunyai masa silam paling buruk,
akan jadi orang yang paling baik di masa hadapan"
                    Ini adalah inbox yang aku dapat daripada kawan aku. Jika difikirkan, pepatah ini memang tidak dapat dinafikan kerana seseorang insan boleh dan mampu untuk merubah keadaan diri. Kita lahir dalam islam dan in shaa Allah mati dalam islam. Tetapi ada yang tidak bernasib baik, lahir islam tetapi mati dalam keadaan kekufuran. Mungkin itu sahaja untuk post hari ini. Agak singkat kn,maafkan aku sebab tak huraikan lebih lanjut.sekian
 
 

Selasa, 22 Disember 2015

SWITCH

Bismillahirahmannirahim

             Assalamualaikum dan salam ukhwah para pembaca sekalian,untuk post hari ini,just nak kongsi something yang aku dapat  daripada kawan aku di whatup. Kira baru je dia hantar but the post was very meaningfull and agak deep jugak.

                           "Apa rasanya kalau ibu/bapa sendiri yang hantar mesej berikut?"
Anakku...
"bila aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus faham dan bersabar denganku.

Anakku...
"andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
aku berharap kamu tidak menjerit pada aku.
"mak pekak ke?" 
"mak bisu ke?''
"tak dengar ker??"


Aku minta maaf anakku,
Aku semakin tua...
Tiap kali nak start kuliah aku sempat jugak baca ni setiap hari. Menjadi ikhtibar pada ku masih ada ibu bapa. Renung-renungkan lah wahai insan yang punya ibu dan ayah. Tiap yang hidup pasti akan mati. Mati itu pasti. Sekian.

 
 
 
 
 

 
 
 
 
 

Ahad, 13 Disember 2015

AKU


Bismillahirrahmannirahim,

Debar hatiku tika ingin menjejakkan kaki ke alam universiti. Bercampur baur perasaanku dalam mindaku. "Adakah aku akan menjulang kejayaan? atau aku akan terus dibelenggu  kegagalan" itulah persoalan yang selalu tibul dikala aku ingin menutup tirai hariku pada malam hari. Beberapa hari lagi aku akan meninggalkan keluarga ku. 




          Abahku, pesara kerajaan dan kini berniaga untuk menyara hidup kami sekeluarga. Ibuku turut membantunya. Aku anak kedua daripada tiga adik beradik. Abangku tidak dapat menyambung pelajarannya disebabkan ibu bimbang keadaannya. Dia OKU. Adik perempuanku masih belajar di sekolah berasrama penuh. Balik rumah pun jarang disebabkan sibuk membuat persiapan menghadapi pt3.

................................................................................................................

          Aku harapan mereka. Kini aku menjejakkan kaki di bumi Serdang. Ku hirup udaranya. Beza dengan udara di tempatku. Aku kini berada di medan peperangan. "Aku boleh survive ke ni?"bisik hati. Abah selalu cakap aku boleh. Padahal aku rasa aku ni tiada keyakinan diri. Dan aku ingat lagi pesan abah ketika aku mendapat tawaran ke upm"abang terima lah tawaran tu, you can do it man". 

................................................................................................................

Aku terjaga dari tidurku. Lantas membuat persiapan untuk menghadiri kuliah buat kali pertama. Ku tenung cermin, melihat wajahku yang siap berpakaian kemeja biru muda. "harap-harap aku fokus nanti"bisik hatiku. 

         Ramainya menunggu di stesyen bas. Aku hanya berdiri di tepi. Sambil menunggu,ku terima satu pesanan mesej. Rupanya dari ibuku. "assalamualaikum nak, apa khabar? suda makan?"."waalaikumusalam ibu,hehe alhamdulillah sihat.ibu macam mana sihat? suda makan ni.jangan risau."ku jawab ringkas. Walaupun sehari lalu kami berpisah, ibu suda rindu. Rasa sedikit sebak di dada. Kesian ibu. 




.................................................................................................................

Bersambung
      Santapan Rohani....